Ads 468x60px

10 Jul 2011

Kewajipan Zakat Emas & Perak

Emas dan Perak adalah galian-galian yang diwajibkan zakat oleh Islam. Perkara ini telah dijelaskan oleh Al-Quran Surah Al-Taubah Ayat 34-35.



Maksudnya: 
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya pada Jalan Allah (mengeluarkan zakat), maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih, pada hari mereka dibakar di  dalam neraka jahanam dan dibakar muka mereka, rusuk dan belakang mereka seraya dikatakan kepadanya inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu.”

Zakat Emas Dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun. 

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Klik disini untuk kalkulator zakat emas


Pemilihan Emas Yang Sesuai

Pemilihan emas untuk pelaburan adalah bergantung kepada tujuan dan niat anda didalam dunia emas ini kerana setiap orang ada mcm-macam tujuan, seperti:

  1. Sebagai pelaburan tapi nak barang kemas sebab nak pakai
Yang ini kena pilih barang kemas..sebab dia nak gunakan pelaburannya sebagai perhiasan jadi pilihannya mestilah barang kemas. Jadi pilihlah barang kemas yang sesuai yg disukai yg berkenan dihati tapi pada pandangan geng semasa memilih nanti, pilihlah emas 916 dan 999 sahaja.
Elakkan barang kemas yg diikat dgn batu dan ada palitan putih kerana ketulianan nya tidak mencapai 916. Tapi jika dah berkenan dihati belilah duit para pembaca, ada banyak pilihan. Kalau boleh carilah penjual yang tidak kenakan kos upah dan susut nilai rendah.
Ini lah kita pilih kerana nak kurangkan kerugian dan tingkatkan keuntungan.

  1. Sebagai simpanan sahaja sampai masanya nak jual
Jenis ini kena beli emas syiling,bar dan wafer kerana tujuan utamanya adalah untuk pelaburan, kena pastikan harganya murah, tiada upah tukang dan susut nilainya rendah ssebab kita akan jual satu hari nanti(itupun kalau nak jual) ketulinan disahkan kerana memiliki sjil ketulinan (macam surat jaminan lah).
  1. Kumpul emas sebab nak jadi pelabur emas secara cash atau bulanan
GST cadangkan terus beli emas 999.9. Baik jongkong ataupun barang kemas 999 kerana dia ini dah tahu kaedah-2 nak gandakan stok emas dgn mengunakan arrahnu jadi dia akan gunakan segala cara untuk beli emas pada masa murah dan boleh bayar bulan-bulan.
  1. Jadikan emas sebagai sumber pendapatan (tauke emas)
Apabila didalam posisi peniaga emas berbagai teknik digunakan untuk memanipulasi emas bagi mendapat modal untuk beli stok penjual emas akan untung tak kira dia memilih emas jongkong mahupun barang kemas.

Tapi yang mana paling sesuai?

Bagi GST semaunya sesuai. Bagi mereka yang berminat untuk cara 3 dan 4, GST amat galakkan.
Kenapa? Contohnya, katakanlah GST nak beli emas dari orang dan duit tiada jadi GST akan gunakan arrahnu untuk pinjaman segera. Tapi bagaimana jika arrahnu yg berdekatan tidak menerima jongkong macam arrahnu exchange milik bank rakyat? Jadi kena guna barang kemas lah.
GST jugak akan memilih barang kemas untuk dijual kerana pelangan GST bukan terdiri dari kaum lelaki sahaja perempuan pun ada, jadi GST akan jual barang kemas 916-999 sahaja.

 

Kenapa Perlu Melabur Dalam Emas



Antara kelebihan melabur didalam emas adalah:
  • Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  • Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
  • Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  • Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
  • Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  • Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
  • Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008) 
  • Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
  • Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  • Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
  • Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
  • Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  • Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  • Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
  • Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
  • Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
  • Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
  • Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
  • Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
  • Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
  • Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
  • Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
  • Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  • Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
  • Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  • Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  • Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
  • Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
  • Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
  • Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
  • HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..

Sumber: www.pelaburanemas999.com



9 Jul 2011

KASPERSKY INTERNET SECURITY 2012

Harga Pasaran:
1 tahun 3 PC = RM165.00
1 tahun 1 PC = RM99.00


 
Harga kami:

1 tahun 3 PC = RM40.00 (ANDA JIMAT RM125.00!!!)
1 tahun 1 PC = RM30.00 (ANDA JIMAT RM69.00!!!)

 

Assalamualaikum... Salam sejahtera . Berkaitan dengan Kaspersky Internet Security 2012,
 

untuk persoalan,Kenapa MURAH SANGAT!!

Kaspersky yang dijual tu hanya Activation Code shj. Sama juga kalau anda beli yang kat 


kedai2 komputer tu pun akan provide Activation Code jugak. Cume bezanya ialah kat kedai 

mereka akan provide activation code tu dengan kotak dan CD serta user guide book skali. 

Tapi kami hanya menjual code sahaja.Tiada kaspersky box, tiada CD kaspersky (sebab tu

murah). Anda hanya perlu download software dari web kaspersky sahaja. Kalau tak nak 

download, kami boleh bagi software tersebut. Kenapa bayar lebih kan?? Tak perlu pegi 

kedai, tolak duit minyak kereta lagi nak pegi kedai, duit parking tambah dengan penat 

berjalan lagi. jaminan diberikan berpuas hati dengan produk ini. ini bukan kaspersky 

Hack,crack, patch. Semua tu bukan. Yang ni original yea. diharap dengan info ini dapat 

memberikan penjelasan yang terang lagi bersuluh. Kami akan cuba untuk memberikan yang

terbaik untuk anda. Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan kami.

Sila PM ke facebook kami kalau anda berminat......