Ads 468x60px

10 Jul 2011

Pemilihan Emas Yang Sesuai

Pemilihan emas untuk pelaburan adalah bergantung kepada tujuan dan niat anda didalam dunia emas ini kerana setiap orang ada mcm-macam tujuan, seperti:

  1. Sebagai pelaburan tapi nak barang kemas sebab nak pakai
Yang ini kena pilih barang kemas..sebab dia nak gunakan pelaburannya sebagai perhiasan jadi pilihannya mestilah barang kemas. Jadi pilihlah barang kemas yang sesuai yg disukai yg berkenan dihati tapi pada pandangan geng semasa memilih nanti, pilihlah emas 916 dan 999 sahaja.
Elakkan barang kemas yg diikat dgn batu dan ada palitan putih kerana ketulianan nya tidak mencapai 916. Tapi jika dah berkenan dihati belilah duit para pembaca, ada banyak pilihan. Kalau boleh carilah penjual yang tidak kenakan kos upah dan susut nilai rendah.
Ini lah kita pilih kerana nak kurangkan kerugian dan tingkatkan keuntungan.

  1. Sebagai simpanan sahaja sampai masanya nak jual
Jenis ini kena beli emas syiling,bar dan wafer kerana tujuan utamanya adalah untuk pelaburan, kena pastikan harganya murah, tiada upah tukang dan susut nilainya rendah ssebab kita akan jual satu hari nanti(itupun kalau nak jual) ketulinan disahkan kerana memiliki sjil ketulinan (macam surat jaminan lah).
  1. Kumpul emas sebab nak jadi pelabur emas secara cash atau bulanan
GST cadangkan terus beli emas 999.9. Baik jongkong ataupun barang kemas 999 kerana dia ini dah tahu kaedah-2 nak gandakan stok emas dgn mengunakan arrahnu jadi dia akan gunakan segala cara untuk beli emas pada masa murah dan boleh bayar bulan-bulan.
  1. Jadikan emas sebagai sumber pendapatan (tauke emas)
Apabila didalam posisi peniaga emas berbagai teknik digunakan untuk memanipulasi emas bagi mendapat modal untuk beli stok penjual emas akan untung tak kira dia memilih emas jongkong mahupun barang kemas.

Tapi yang mana paling sesuai?

Bagi GST semaunya sesuai. Bagi mereka yang berminat untuk cara 3 dan 4, GST amat galakkan.
Kenapa? Contohnya, katakanlah GST nak beli emas dari orang dan duit tiada jadi GST akan gunakan arrahnu untuk pinjaman segera. Tapi bagaimana jika arrahnu yg berdekatan tidak menerima jongkong macam arrahnu exchange milik bank rakyat? Jadi kena guna barang kemas lah.
GST jugak akan memilih barang kemas untuk dijual kerana pelangan GST bukan terdiri dari kaum lelaki sahaja perempuan pun ada, jadi GST akan jual barang kemas 916-999 sahaja.

 

0 comments:

Post a Comment